Pengembaraan Hidup


Bukan Usaha Kita Sia-sia Tapi Kejayaan Lewat Tiba.. Wahai Manusia Bertahanlah

CIKGU ADILA

My photo
InsyaAllah perjalanan hidup masih lagi panjang dan pelbagai rintangan masih perlu diteruskan..ayuh semua mulakan hari dengan senyuman dan sebarkan aura positif kepada semua..

Friday, July 29, 2011

Hadiah buat diri

beberapa hari lepas genap usia cikgu adila menjangkau angka yang ke 24...suatu angka yang tidak pernah dijangka untuk dicapai oleh cikgu adila kera di usia mudanya di selalu berfikir di kepala, tahun 2000 masih wujudkah atau sudah kiamat...itulah telahan cikgu adila yang berumur 7 tathu ketika itu..dan kini sudah 2011...24 tahun sudah cikgu adila menjengahkan diri kedunia yang fana ini...duni yang penuh dengan ranjau dan tatacara yang telah digariskan...alhamdulillah..

hari lahir tahun ini berbeza sedikit dengan tahun-tahun sebelumnya..dahulunya cikgu adila dikelilingi oleh rakan-rakan seperjuangan yang lain...zaman telah berlalu dan kenangan bersama rakan-rakan pasti hangat disanubari cikgu adila..

terjaga dari tidur setelah mendengar bunyi telefon bimbit yang berbunyi dek rakan-rakan yang mengucapkan selamat buat cikgu adila, cikgu adila terus kebilik air dan menyucikan diri dan terus bermunajat kepada Allah.. mengucapkan syukur kerana masih dipanjangkan umur dan dikuatkan fizikal dan mental untuk meneruskan sisa-sisa kehidupan yang tidak tahu bilakah penghujungnya..

selesai bermunajat, cikgu adila berteleku disejadah bertemankan Al-quran dan kipas yang ligat berputar..cikgu adila sekadar memandang kosong ke sejadahnya...

tatkala itu terdetik dihati cikgu adila untuk menghadiahkan sesuatu untuk dirinya...sesuatu yang amat bermakna yang telah lama terbuku dalam diri cikgu adila..transformasi...ya transformasi..

cikgu adila memang seorang guru yang masih muda untuk mengenali erti kehidupan dan terkadang keliru dengan pilihan dan sering tersungkur dalam perjalanan hidup..namun kaki perlu digagahkan, badan perlu dilayangkan bagi meneruskan sisa-sisa hidup yang masih tinggal...

di dalam hati cikgu adila ada satu hajat yang masih belum selesai.. keinginan yang telah lama terpendam di dalam lubuk hati yang masih belum dapat dizahirkan dek lemahnya jiwa..

dan hari ini, cikgu adila meresa terpanggil untuk menunaikan hasrat itu.. mungkin sudah sampai seru..cikgu adila terus berdoa agar hatinya mantap untuk melakukan perubahan kerana Allah Taala..

masih terngiang dikepala cikgu adila akan sebaris kata oleh ustaz semasa cikgu adila menghadiri kursus perkahwinan "jadikanlah dunia ini ibarat penjara dan nikmati ganjarannya disyurga kelak"..

dan penjara itulah yang sedang dibina oleh cikgu adila..penjara yang penuh dengan peraturan dan tatacara hidup yang bakal menyelamatkan cikgu adila di dunia dan di akhirat...

cikgu adila berfikir lagi...membetulkan duduknya kepada berbaring pula..jam sudah melewati ke pukul 3 dan mata cikgu adila masih gagal ditewaskan..

"awak tak kesian ke kat suami-suami awak...bayar mahal-mahal untuk mendapatkan awak sedangkan awak sewenangnya mendedahkan hak milik awak pada orang lain.. dan laki-laki semua awak tak rasa rugi ke?" kata-kata ustaz tadi masih tergiang-ngiang..

kata-kata itu terus mendera hati cikgu adila dan membuatkan cikgu adila terus berfikir...berfikir dan terus berfikir..

cikgu adila kembali berdoa agar Allah menguatkan hatinya untuk terus berubah kearah kebaikan..

"YA ALLAH kuatkan hati cikgu adila agar dia tetap dan sentiasa istiqamah dengan keputusan yang telah diambil"..cikgu adila terus melelapkan mata di dalam senyum dan kini semakin menghampiri misinya yang seterusnya....

No comments:

Post a Comment