Pengembaraan Hidup


Bukan Usaha Kita Sia-sia Tapi Kejayaan Lewat Tiba.. Wahai Manusia Bertahanlah

CIKGU ADILA

My photo
InsyaAllah perjalanan hidup masih lagi panjang dan pelbagai rintangan masih perlu diteruskan..ayuh semua mulakan hari dengan senyuman dan sebarkan aura positif kepada semua..

Friday, May 20, 2011

Hari guru pertama buat guru novis

terjaga dari tidur pagi 16 mei, cikgu adila menyiapkan diri seperti biasa..memilih untuk memakai baju berwarna hijau dan mengharapkan dirinya hari ini setenang dan senyaman warna hijau..

memandu kereta ke sekolah seperti biasa dan ucapan 'selamat hari guru' yang pertama pada hari ini diucapkan oleh pengawal keselamatan sekolah. cikgu adila mengganggkat tangan tanda hormat dan mengucapkan terima kasih.

cikgu adila melangkah ke blok pentadbiran dengan seribu senyuman... haru yang dirasakan tenang sekali dan suasana yang indah sekali. mungkin inilah perasaan kali pertama menyambut hari guru buat kali pertamanya..

sebelum ke dewan, cikgu adila sempat melihat mesej di telefon. beberapa mesej dari rakan-rakan seperjuangan yang juga merupakan guru novis turut mengucapkan hari ulang tahun untuk para guru itu. dan mesej ringkas dari ibu membuatkan cikgu adila tersenyum 'selamat hari guru sayang'.

perhimpunan hari guru pun bermula dengan ucapan dan perutusan hari guru dari PM dan KPM, ringkas dan padat namun hasratnya tetap sama iaitu semoga guru dapat membentuk generasi pemangkin untuk masa hadapan.

tibalah masa utuk menyanyikan lagu 'Guru Malaysia'. menyanyikan lagu ini buat kali pertamanya selepas menjadi seorang guru memberikan satu aura yang lain kepada cikgu adila. seram sejuk, meremang bulu roma, darah menyirap ke kepala...cikgu adila faham akan bait-bait lirik lagu ini dan di dalam hatinya terus berazam untuk menjadi guru yang bukan sahaja pada nama tapi guru dari hati..

menganggkat tangan untuk berikrar membuatkan cikgu adila menjadi sebak..emosi menakluki dirinya...mungkin inilah perasaan yang dilalui oleh guru-guru novis di luar sana...

selesai perhimpunan, cikgu adila melihat mata-mata anak muridnya dan dari setiap sinar mata mereka ada harapan yang menggunung..

cikgu adila menarik nafas dalam-dalam dan langkah di susun... di dalam hatinya terdetik, 'SELAMAT HARI GURU CIKGU ADILA, semoga menjadi guru yang ikhlas untuk mendidik anak bangsa'...