Pengembaraan Hidup


Bukan Usaha Kita Sia-sia Tapi Kejayaan Lewat Tiba.. Wahai Manusia Bertahanlah

CIKGU ADILA

My photo
InsyaAllah perjalanan hidup masih lagi panjang dan pelbagai rintangan masih perlu diteruskan..ayuh semua mulakan hari dengan senyuman dan sebarkan aura positif kepada semua..

Tuesday, June 28, 2011

scene 4

cikgu Adila membelek planner hitam miliknya.. kotak-kotak untuk bulan 7 sudah hampir penuh... cikgu adila merenung satu persatu dengan penuh teliti..
10 julai- hantar budak program klinik tv astro di PPD jasin
13 julai - hantar perancangan bilik akses
16 -17 julai - kursus peribadi
19 - 21 julai - kursus guru baru di brisdale hotel KL
23 - LDP skfbs
25 - 27 Julai - kursus guru data hotel permaisuri MITC

cikgu adila menarik nafas dalam-dalam dan tersenyum sendiri. bulan ini baru dirasakan cikgu adila kembali hidup.. hidup sebagai guru sudah nampak sedikit terarah dengan rutin-rutin yang bertambah sibuk..

namun cikgu adila tidak mengeluh tetapi semakin gembira kerana kini masa-masanya tidak lagi dibuang begitu sahaja di sebuah teratak teres yang tidak bersyiling..

cikgu adila kembali mengemaskan barang-barang diatas mejanya..
dicapainya fail guru baru dan dibelek-belek.. masih banyak yang perlu di 'up-date'..

di letakknya fail itu didalam beg dan dicapainya buku aktiviti matematik murid tahun 3.. niat dihati hujung minggu ini cikgu adila akan mengemas rumah,menyiapkan perancangan bilik akses, menambah baik fail guru baru, menanda buku matematik yang sudah meninggi dan menghantar budak ke PPD Jasin..

tahniah cikgu adila, kini masa-masa anda akan dapat digunakan sebaiknya..
nikmat kesabaran dan keikhlasan adalah yang paling indah..
sentiasalah TERSENYUM dan IKHLASKAN HATI =)

Tuesday, June 21, 2011

Terima kasih dunia..

perasaan untuk mengucapkan terima kasih melaup-luap..
terima kasih dunia...
DUNIA..
kau telah menyedarkan aku betapa perihnya sebuah kehidupan bagi mereka yang bergelar dewasa..kecewa, sedih, marah, keliru, celaru dan putus harapan..terima kasih

namun terima kasih juga kerana kau juga memberikan kemanisan yang tiada hingga...kebahagian, kegembiraan, rasa senang hati,kasih sayang dan cinta

tapi..hari ini aku faham wahai dunia..
hidup adalah kombinasi keduanya...suka+duka=dunia..

wahai dunia, sudilah kiranya untuk kau masih membiarkan aku memijak bumimu dan sudilah kiranya aku menghirup udaramu..

sesungguhnya aku sudah penat berkelana, namun kugagahkan hati untuk mereka yang masih perlukanku..

Thursday, June 16, 2011

Mencari erti

cikgu adila menghela nafas sedalamnya melepaskan segala yang terbuku didada.. kepala dirasakan amat berat dan perasaan dihati sangat menebal..cikgu Adila membetulkan baringannya.. dipandang TV dengan pandangan kosong..lawak Bang Bang Bom langsung tidak menari minatnya..

di dalam kepala masih memikiran laporan kemajuan murid yang masih tidak siap, temuduga SPP yang bakal dilalui dan upah tugasan yang diambilnya.. masa makin singkat dan dirasakan seolah-olah nyawa sudah dihujung tanduk..

namun malam ini cikgu Adila tidak mampu untuk berbuat apa-apa..untuk membuat laporan murid tangan sudah minta untuk berehat, untuk membaca untuk temuduga kepala sudah mahu 'jam' dan untuk membuat tugasan terasa tidak ada hati... dan akhirnya lampu dipadamkan dan cikgu Adila membaringkan diri diatas tilam nipis..

sunyi malam membuatkan cikgu Adila semakin sepi..ingin mengadu nasib pada yang lain tapi takut-takut orang lain juga mempunyai masalah yang lain.. biarlah hati sendiri yang menanggung resah yang tiada awal dan akhirnya... akhirnya cikgu adila terlelap jua...

bangun pagi hari dirasakan amat sugul..tiada 'mood' untuk ke sekolah apatah lagi untuk meneruskan pengajaran..kabus dan hening pagi yang menusuk hingga ke tulang memburukkan lagi keadaan..

sampai di sekolah, cikgu adila mengambil masa berminit-minit untuk turun dari kereta.. untuk melangkah kaki pun terasa berat..namun mengenangkan amanah dan tanggujawab, langkah diatur juga..ku rela walaupun terpaksa...

1.30 p.m... cikgu adila mengulangi rutin yang sama seperti semalam, minggu lepas, bulan lepas dan bulan lepas iaitu pulang ke rumah..sampai kerumah cikgu adila masih mengulangi rutin yang sama iaitu masuk kerumah, buka kipas, buka tv, tukar pakaian, mandi, solat dan menonton televisyen..

cikgu adila memandang kipas lagi..mengeluh lagi..jauh di sudut hatinya ingin sekali untuk membuat perubahan dalam hidup..mempunyai hobi, berekreasi bersama teman-teman..

akhirnya selesai solat asar, cikgu adila terus memecut keretanya ke Tangkak.. bandar yang kedua terdekat selepas Jasin..20 minit pememduan semata-mata untuk membuat pembaharuan pada rutin iaitu berjoging...

tahniah cikgu Adila, anda sudah melakukan pembaharuan dan kelaianan dari kebiasaan.. hari ini kembali bermakna..mungkin ini sebahagian daripada hidup yang singkat dan rencah kehidupan...cikgu Adila bertahanlah..ikhlaskan hati, betulkan niat dan anda akan temukan cahaya...TERUSKAN BERTAHAN..