Pengembaraan Hidup


Bukan Usaha Kita Sia-sia Tapi Kejayaan Lewat Tiba.. Wahai Manusia Bertahanlah

CIKGU ADILA

My photo
InsyaAllah perjalanan hidup masih lagi panjang dan pelbagai rintangan masih perlu diteruskan..ayuh semua mulakan hari dengan senyuman dan sebarkan aura positif kepada semua..

Tuesday, August 16, 2011

wanita di sebalik hijab

cikgu adila bangun dari tidur tatkala jam locengnye berdering kuat...seruan sahur sudah tiba dan cikgu adila terus meenyiapkan diri dengan sedikit juadah..beberapa keping biskut dan tamar dan beberapa teguk air kosong..cukuplah sekadar ini..cikgu adila sudah kehabisan idea untuk menyediakan juadah sahur dek kemengantukan yang menggila..

sesusai itu, cikgu adila menguatkan langkah untuk membersihkan diri, solat subuh dan mengaji al-quran..rutin cikgu adila dibulan ramadhan..

selapas itu, cikgu adila bergerak untuk mensetarika pakaian untuk kesekolah pada hari ini..cikgu adila memilih untuk memakai pakaian bewarna merah darah ikan dan bertudung pink..tangan cikgu adila pantas menangkap tudung itu namun hatinya kurang bersetuju...berlaku konflik di dalam hati..

putih : tudung labuh la
hitam : tudung biasa saja
putih : bila lagi nak pakai, kalau meninggal hari ni dah tak leh nak pakai
hitam : banyak masa lagi
putih : benda baik kenapa nak tangguh-tangguh

cikgu adila bingung dengan pilihan hati sendiri...dia menjadi keliru dengam hasrat hati sendiri..

namun hati dikuatkan dan dibulatkan dan terus mencapai tudung labuh yang sudah lama tergantung ditempatnya itu...inilah saatnya, transformasi..detik hati cikgu adila

didepan mata cikgu adila sudah terbayang akan pelbagai perkara yang akan berlaku di sekolah nanti..Allah akan bersama mereka yang mencari keredhaannya...bisik hati kecil cikgu adila..

hati sedikit gundah tatkala tudung sudah tersarung dikepala..pelbagai perkara yang berlegar namun hati cikgu adila kuat untuk meneruskan hasrat hati kecil itu..

memandu kereta ke sekolah seperti biasa bertemankan rakan serumah dan angin sepoi yang menampar lembut ke pipi membuatkan cikgu adila sedikit lega..walau apa pun yang terjadi perjuangan ini akan diteruskan.

cikgu adila menguatkan langkah apabila sampai diperkarangan sekolah..sekumpulan murid mula mengerumuni cikgu adila untuk bersalam dan cikgu adila dapat lirikan mata mereka tidak semesra dulu..terkejut barangkali..

"cikgu nampak macam ustazah baru balik mekah", sapa seorang murid yang agak rapat dengan cikgu adila

suasana pada waktu itu bertukar kecoh..terdengar sorakan dari tingkat atas blog pentadbiran..laungan 'ustazah' kedengaran...cikgu adila cuba untuk cekalkan hati dan hanya melepaskan sebuah senyuman...

naik kepejabat untuk melapor diri dan pemakaian cikgu adila ini sudah cukup untuk mebuatkan semua pekerja dipejabat ternganga dan tidak mampu untuk mengeluarkan kata-kata...sapaan mereka juga kedengaran kaku..

menyelesaikan segala urusan dipejabat, masuk seorang rakan guru yang juga terkejut dan tergelak "lawanya kau hari ni", sapa guru perempuan itu lalu mencubit pipi cikgu adila...cikgu adila sekadar tersenyum..

sambil mengisi borang cuti, cikgu adila dipeluk erat dari belakang..cikgu adila seraya berpusing dan meliha kerani sekolah dibelakangnya...ucapnya yang bermakna "adik, kuatkan hati"..cikgu adila sekali lagi tersenyum..ait matanya seakan mahu tumpah..

dan cikgu adila melangkah keluar dari pejabat dengan semangat yang baru..hijrah ini baru bermula, dugaan ini baru bermula, cabaran ini baru bermula...masih banyak lagi akan ditempuhinya... jauh disudut kecil hati cikgu adila dia berdoa agar ditetapkan hati untuk terus memperbaiki diri kearah kebaikan dan semoga Allah sentiasa membukakan jalan buatnya..

sampai dimeja cikgu adila menghantai satu mesej kepada kenalan terdekat "doakan aku KUAT"...itu doa cikgu adila seorang wanita yang berselindung disebalik hijab..

Tuesday, August 2, 2011

The New Me =)






bila hati mengigat tuhan, diri dirasakan seolah-olah kerdil disisiNya...Ya Allah kuatkanlah hatiku agar sentiasa tetap dan istiqamah.. Amin..